Walaupun bulan tidak akan berada pada satu tempat seperti perasaan kita yang selalu turun naik .. Tetapi , satu hari nanti pasti kebahagiaan itu menjadi kita milik bersama .
Jadi malam ini , pada malam yang serba indah aku hanya ingin selalu bersamamu . Pada malam tu aku selalu teringat kan wajah nya , senyumannya yang membuatkan aku jatuh cinta pada nya .
"Ohh Syafiq , kalau lah kau berada disini bersamaku , betapa bahagianya aku . Tapi , kau bukan milik aku" bercakap dalam hati sambil memeluk Patung beruangnnya . Dengan berjalan perlaha-lahan ibu menuju ke bilik Yana lalu mengetuk pintu . "Yana , kau sudah tidur ke belum ?".
"belum ibu" Yana menjawab
"Tidur cepat , esok nak ke sekolah" Ibu mengarahkan Yana supaya tidur
"Baik ibu" Yana membalas pendik.
Keesokkan nya .
Sebaik sahaja aku melangkah kaki ke sekolah ini , aku duduk bersebelahan dengan Syafiq . Sejak dari itu kami makin rapat selepas aku berjaya berbual dengan dia . Syafiq menganggap aku sebagai adiknya , dan didalam hati kecil aku ini , aku mahukan dia menjadi teman sehidup semati aku .
Sambil aku berjalan menuju ke kelas . Tetiba aku di terjah .
"Woi Yana" lalu memegang bahu aku .
"Eh!! Zana , Terkejut aku . Tetiba terjah , Salamm tak bagi"
"Haha , Assalammualaikum cik Yana "
"Waalaikummusalam . Sudahlah , mari ke kelas"
" Okay " Zana menjawab ringkas.
Sebaik sahaja tiba dalam kelas , Yana dan Zana terus menuju ke tempat duduk nya . Yana terasa ingin ke tandas dan terus meletak beg ke tempat duduknya . Dengan bergegas dia menuju ke pintu keluar dengan tidak sengaja terlanggar Syafiq sehingga membuatkan Yana terjatuh.
"Aduhhh , sakitnya" Yana merungut.
"eh, Yana . Maafkan aku " Syafiq terus mengangkat yana .
Yana hanya berdiam diri dan bergegas ketandas . Syafiq hairan lalu mengendahkannya dan terus ketempat duduknya yang bersebelahan dengan tempat duduk Yana .
Tidak lama kemudian , Yana kembali kekelas dan pada masa yang sama kelas sudah pun hendak bermula . Yana terus ketempat duduknya dan terpandang mejanya yang mempunyai sepucuk surat . Yana terus mengambil surat itu lalu membacanya . Surat itu tertulis
"Yana , aku nak memohon maaf kerana perkara tadi . Aku tidak sengaja terlanggar kau ... syafiq..."
Setelah Yana membaca surat itu, Yana terus memandang Syafiq . Dari pandangan sisi , wajah syafiq memang boleh dikatakan pujaan semua wanita . Tanpa mengendahkan guru yang sedang mengajar dihadapan . Yana mengambil sehelai kertas untuk membalas surat Syafiq . Yana mengambil sebatang pen lalu menulis...
"It sokay syafiq , aku tidak kesah pun hal itu, tetapi boleh tak kau menemani aku ke kedai buku petang ini? Zana tidak dapat teman aku sebab petang ini dia hendak keluarga dengan keluarganya . Kalau boleh , aku tunggu dihadapan sekolah nanti , dalam pukul 1:30 tengahhari"
Setelah Yana selesai menulis , dia terus membaling surat itu ke atas meja syafiq . Syafiq dengan terkejutnya lalu mengambil surat itu dan terus membaca dengan senyuman yang terukir di wajahnya .
"Kringgggg!"
Lonceng sekolah telahpun berbunyi tandanya tamat waktu persekolahan hari ini . Semua pelajar mengemaskan beg masing-masing . Yana dan zana menggalas beg masing-masing sambil berbual-bual . ketika mereka sedang berbual , syafiq menyampuk perbualan mereka.
"Yana , Jumpa dekat depan nanti . Tetapi aku lambat sedikit sebab aku ada hal sedikit"
"Eh,okayy! " Yana membalas...
Yana Dan Zana terus menuju ke pagar sekolah . setelah mereka sampai disana , Yana tercari-cari syafiq dan dengan tiba-tiba dia diterjah . Yana menoleh belakang lalu berkata "eh , Kau rupanya syafiq"
"Hai yana " syafiq tersenyum
"Hai..."
"Kereta aku dekat sana" Sambil menunding jarinya ke arah kereta
"Okaylah Zana , Kita orang pergi dulu"
"Okay bye Yana . Good Luck okay" Zana mengusik Yana sambil melambai tangan.
Setelah itu mereka menuju ke kereta syafiq... Syafiq menghidupkan keretanya lalu memandu kepagar sekolah dan terus ke kedai buku . Tanpa disedari , mereka diekori oleh empat sahabat iaitu Tina , Shasya , Zila dan Dian yang sangat membencikan Yana kerana terlalu rapat dengan Syafiq . Dian Merupakan kepala mereka , Dian sebenarnya sangat menyukai Syafiq . Tetapi cintanya bagaikan bertepuk sebelah tangan Kerana dia ditolak oleh kerana Syafiq telah mempunyai kekasih iaitu Farah , Pelajar kelas 4 cemerlang . Walaupun perbezaan setahun antara Syafiq dan Farah , Syafiq sangat menyayangi farah . Sebenarnya umur syafiq adalah 17 tahun , Tingkatan 5 ...
"Bencinya aku tengok Syafiq dengan Yana ni" Dian berkata kepada rakan-rakannya
"hmmm, Aku ada idea . Apa kata kita kenakan dia" Zila memberikan cadangannya .
Dian diam dan terfikir-fikir " okay , Aku percayakan kau Zila" Dian tersenyum
BAB 2
Setelah lama dikedai buku itu , kami berdua membuat keputusan untuk balik kerumah kerana telah banyak buku yang Yana beli . Maka kami menuju ke kereta , Syafiq membukakan pintu untuk ku kerana tangan ku penuh dengan beg plastik berisi buku-buku yang aku beli . Lalu syafiq menuju ke tempat nya dan menghidupkan enjin kereta . Di dalam perjalanan itu aku tertidur dan tidak menyedari kami sudah pun sampai dirumah aku lalu syafiq mengejutkan aku... Aku terbangun Dan syafiq mengatakaan kami sudah sampai . Aku mengucapkan terima kasih kepada syafiq dan keluar dari kereta itu . Lalu aku menuju ke rumah tetapi rumah aku tersangat gelap dan pintu masuk pun dikunci , aku menuju ke pintu dan dipintu itu ada nota yang tertulis "Yana , Kami semua tk ada dekat rumah" . Yana merungut dan meninggalkan rumahnya kerana hendak ke rumah saudaranya yang terletak 5 buah rumah dari rumahnya . Semasa Yana berjalan , dia terasa bagaikan diikuti . Sebaik sahaja aku menoleh kebelakang , muka aku telah pun ditutup dengan kain sehinggalah aku pengsan . Setelah sahaja aku terbangun dari pengsan aku menyedari aku dihutan . Aku tersangat takut.. Tetapi siapa yang buat aku macam ni? tangan dan kaki aku tidak di ikat langsung . Apakah semua ini?.. mungkin gurauan rakan-rakan ku... lalu Yana menegur "Zana , Nina , Beha ! , ini mesti kerja korang , Keluarlah... aku sangat takut ni"
Teguran aku tidak berbalas lalu terdengar suara kanak-kanak menangis . Lalu aku menoleh ke belakang pokok , Semasa aku menoleh itu , pandangan aku terpancar pada rumah buruk . Kuhampiri rumah buruk itu dengan perasaan yang mencurigakan . Tiba-tiba di perkarangan rumah itu langkahku terhenti dan degupan jangtungku bertambah laju . Perasan takut mula menyelubungi diriku dan seribu pertanyaan didalam hati ini... Rasanya aku seperti ingin mengetahui dan berasa simpati terhadap kanak-kanak yang sedang menangis itu . Sedang aku berfikir , tiba-tiba terdengar bunyi seseorang sedang berjalan dan suara tangisan bayi itu tidak kedengaran lagi . Aku mula mengikuti bunyi seseorang yang sedang berjalan itu . Perasaan takutku bertukar menjadi berani kerana keinginanku untuk mengetahui perkara yang sebenarnya . Bunyi desas orang berjalan sudah tidak dapat kukesan lagi . Hujan renyai-renyai mulai turun dan angin sayup-sayup menyapa ke mukaku . Aku sempat melihat jam yang membaluti tangan ku , ternyata jam sudah pun menunjukkan pukul 11.00 Malam . Aku mendongak kelangit melihat keadaannya yang gelap gelita . Alangkah tersentak aku dibuatnya apabila terdengar bunyi guruh bersama-sama dengan pancaran kilat yang menerobos di celah-celah daun . Suasana dikelilingku sungguh gelap sekali . Hanya bunyi rintisan hujan yang jatuh dipermukaan dedaun bersama angin sepoi-sepoi yang menghembus kerimbunan pokok-pokok hutan . Aku cuba menenangkan diri . "Alangkah bagusnya kalau Syafiq berada di sini . Aku mesti berani , esok 1April merupakan hari lahirku . Apa yang hendak aku lakukan sekarang ni..."
Tetiba ada sesuatu yang jatuh keatas kepala ku "Mak!... Ya Allah lindungilah aku" kusangkakan ular , rupa-rupanya tali sahaja . Baru saja aku ditipu oleh tali . Tiba-tiba suara Bayi menangis itu kedengaran lagi . Aku berjalan menyusuri tepi-tepi rumah usang itu , tetapi aku tidak dapat melihat keadaan didalam rumah itu kerana dindingnya dibina daripada batu-batu konkrit . Aku menyusuri lagi dan kini aku tiba ditingkap rumah itu . Aku menjenguk ke tingkap itu dengan berhati-hati namun aku tidak dapat melihat apa-apa pun . Di dalamnya tiada bayi , tiada orang , tiada apapun kecuali suara bayi meraung sahaja . Aku menyusuri lagi dan kini aku tiba dipintu belakang rumah itu . Aku membongkokkan diriku sambil memegang sebatang kayu sebagai senjata untuk mempertahankan diri . Aku berdiamkan diri , dan kini aku lebih berhati-hati kerana aku sudah berada didalam rumah itu . Mataku memandang ke sana sini . Kayu tadi masih didalam genggamanku . Hampir seluruh kawasan tingkat bawah rumah itu telah kuperiksa namun tiada apapun yang aku dapati . Suara bayi menangis itu tidak kedengaran lagi . Hanya bunyi guruh yang menandakan hujan semakin lebat . Aku berfikir lagi sama ada hendak naik ketingkat atas atau tidak . Lalu aku membuat keputusan untuk naik ketingkat atas kerana bunyi bayi itu berada diatas . Aku naik ketingkat atas sambil mengira anak tangga yang pijak . Aku berbuat demikian untuk menenangkan hatiku . Kret-krot bunyi anak tangga ini . Maklumlah , menurut cerita ayahku sudah 30 tahun dibina . Tetapi tuan empunya rumah ini telah berhijrah keLondon , mereka menetap di sini tidak sampai pun setahun dan terpaksa berpindah kerana urusan kerja .
"Sayang sekali , rumah banglo begini besar pun hendak ditinggalkan , kalau aku , memang aku akan menjaganya dengan baik sebagai harta pusaka " . Aku bercakap sendiri apabila sampai sahaja ke tingkat atas . Mataku tertumpu pada sebuah bilik yang bercahaya pudar dari pandangan mataku . Aku pun terus menuju kebilik itu . Apabila sampai sahaja dihadapan bilik itu , tiba-tiba suara bayi menangis kedengaran lagi . Aku yang dari tadi begitu berani tiba-tiba diamuk perasaan takut . Bulu romaku disekeliling tengkuk ku . Hampir terperanjat aku dibuatnya . Apabila bunyi jam berdeting menunjukkan pukul 12.00 malam , suara bayi meraung itu bertambah kuat menyebabkan perasaanku semakin takut .
Lalu aku memberanikan diri membuka pintu perlahan-lahan sambil mataku tertutup . Tiba-tiba "Haaa....!" bunyi suara orang menyergah diriku lalu aku melepaskan kayu yang memang didalam genggaman ku tadi . Perasaan takut pada saat itu hanya tuhan sahaja yang tahu. Tiba-tiba aku terdengar "April Fool , Yana !!" Aku menjadi bingung . Aku mula membuka mataku lalu kulihat Zana , Syafiq , Keluargaku dan kawan-kawan aku yang lain . " Selamat hari lahir Yana " Ibu mengucapkan selamat . Kutoleh dan kulihat bayi itu hanyalah anak patung . Aku terdiam seperti orang yang sedang dipukau sejenak . Kemudian barulah kutersenyum dan ketawa bersama-sama dengan mereka semua "Terkena lagi aku nampaknya . Tapi tak kusangka Hari lahir aku dibuat sebergini rupanya" Aku mula berkata-kata didalam hati .
BAB3
Semasa diparti itu , Tina , Shasya , Zila dan Dian pun berada disitu . Niat mereka untuk mengenakan Yana tidak kesampaian . Lalu aku terdengar suara orang memangggil aku "Yana kesini kejap " . Lalu aku menoleh kebelakang
"ehh , Zana . kenapa ? " Lalu aku menghampirinya .
Lalu Zana berkata "Aku ada dengar khabar yang Syafiq dan Farah sudah pun tiada apa-apa lagi hubungan . Ini lah peluang engkau . Apa lagi . kau nyatakan lah perasaan kau padanya " .
"ehh , Tapi....." Belum habis aku berkata syafiq terus menyampuk .
"Yana , esok sudikah kau mengikut aku ke Universal studios Singapore?"
Aku memikirkannya sekejap . "betul juga cakap zana , mungkin ini peluang aku nak mengatakan perasaan aku pada syafiq , tapi tak mungkin aku yang nyatakan? mana ada perempuan yang menyatakan perasaan pada seseorang lelaki , itu mustahil" . Aku bercakap dalam hati
"macam mana Yana?" Syafiq menanyakan lagi
"okay , Boleh " lalu aku tersenyum .
"esok aku jemput kau dekat rumah pukul 9.00 pagi" syafiq berkata lalu meninggalkan mereka disitu sambil melambaikan tangan .
Keesokkannya
pukul 7:00 pagi aku bangun untuk bersiap-siap . Hampir sejam aku menunggu Syafiq akhirnya dia datang juga . Lalu dia menjemput aku masuk kedalam keretanya . Syafiq dengan berpakaian seakan artis K-pop dan membawa pita rakaman menunjukkan kekacakkan dirinya itu .
Sampai sahaja di Universal studios Singapore kami terus masuk kedalam sana . Syafiq mula membuka peta rakamannya lalu merakam apa saja yang aku lakukan tanpa aku sedari kerana aku dia berjalan dibelakang ku . Setelah itu , Syafiq meminta izin untuk ketandas . 10 minit Syafiq berada didalam tandas dan akhirnya dia keluar dari situ . Tetapi aku hairan , Dia lain selepas keluar dari tandas , muka seakan pucat . tak mungkin? kata hati ku , syafiq berkulit cerah memang tak mungkinlah , orang pun tidak tahu , mukanya sedang pucat ataupun semula jadi.. oleh sebab itu , aku membiarkan saja .
Sepanjang kami berada disitu , syafiq tidak pernah lepaskan pita rakamannya . Oleh kerana terlalu lama kami berada disitu dan merasakan penat , kami membuat keputusan untuk balik kerumah . Syafiq menghantar aku kerumah dahulu dan barulah aku teringat bahawa aku kena menyatakan perasaan aku padanya . Lantasan itu , aku menoleh kebelakang tetapi syafiq telah pun beredar dari situ . Aku pun terus masuk kealam rumah . oleh kerana terlalu penat , aku terus merebahkan badan ke atas katil didalam bilik ku . Aku cuba melelapkan mataku tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi
"tutt... tutt tuttt.. !" aku menyeluk tangan ku kedalam beg tangan yang aku campakkan ke lantai tadi untuk mengambil telefon bimbit ku .
"Hello Syafiq . Ada apa ?"
"Aku nak cakap yang syafiq telah pun meninggal dunia . Aku ada dengar khabar angin yang mengatakan dia sakit , dia pun tahu yang dia tidak akan hidup lebih lama" dengan perasaan terkejut , aku telefon melepaskan telefon itu .
Ketika itu baru aku teringat yang syafiq pernah kata kepada aku
"Dunia ini sepertii sebuah filem yang akan ada penghujung nya"
keesokkan nya aku mengikut keluarga syafiq untuk mengebumikan jenazahnya . Di situ lah Ibu syafiq berkata kepada aku " Dia cakap , dia mahu pergi ke London bersama kamu , begitu besar harapan nya . Dia masih sihat ketika itu kemudian kesihatan dia tiba-tiba semakin teruk . Lalu Ibu syafiq memberikan pita rakaman kepunyaan syafiq .
"Yana, kau tak apa-apa ke ? , kau nampak pucat sekali " . Zana menenangkan Yana.
"aku tidak apa-apa . mari ke rumah aku untuk melihat isi peta rakaman ini ." Lalu meraka beredar dari situ .
Pada hari itu, kami berpisah tanpa mengucapkan"semoga bertemu di lain hari"
Pada hari...
....Yang telah menjadi babak terakhir.....
lagipun... sampai ke hari ni aku tidak sedar masa dah cepat berlalu ..
...Aku hanya mahu terus mengingati Babak terakhir itu bersama syafiq .
Sampai sahaja di rumah Aku . Zana terus mengambil pita rakaman dari genggaman ku . Lalu Zan terus memasang pita itu . Video itu berbunyi
... errr, emm. sebenarnya aku tak nak tinggalkan apa-apa seperi riak air yang ditinggalkan oleh kapal layar .
Tapi.....
....Ada satu perkara yang aku nak cakap ...
Sebab itu aku membawa pita rakaman ini semasa kita ke USS hari tu .
...Yana , aku memang betul-betul ikhlas engan kau pada hari itu ..
..Bukan sekadar nak jumpa kau . muungkin aku tertarik dengan personaliti kau .
Sebenarnya....
banyak benda yang aku tahu tentang kau . tapi semua itu amat mustahil .
...jadi aku nak mengaku . aku betul-betul suka kan kau ...
Itu sahaja...
....ikhlas dari syafiq....
...Faham tak ?...
Ini pengakuan aku terhadap kau!
Zana terus menutup Video itu. dari situ air mata aku mula mengalir ..
Babak terakhir itu mula bermain-main di dalam kepala aku ..
..Hati aku terluka.. setiap kali memikirkan tentang hal iitu , hati aku terguris..
sebab itu aku tak boleh melupakan....
...Babak terakhir sewaktu dengan kau dan segala kata-kata yang kau tinggalkan..
Akan aku kenang segala..
...untuk mendakap babak yang seterusnya ...
BERSAMBUNG.....
Penulis -Irwandy Yusuf
-My Twitter







Novel Wow :D
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
Delete