Cinta Alam Maya?



 Hai. Rase terpanggil pulak nak cerita pasal topik ni. Pernah bercinta melalui perkenalan alam maya? Tak kira lah melalaui fb ke twitter ke blog ke instagram ke ape2 lah. Kalau pernah boleh bagi ulasan kat entry aku ni. Aku tak pernah & tak berani nak pertaruhkan cinta melalui alam maya nil. Kenapa?

    Start dari add2 follow2 then kenal2. Bagi aku perkenalan dalam alam maya ni memberikan 1001 risiko. Sebab ape?

  • tak kenal pun siapa orang tu in the real life
  • senang nak kena tipu
  • hati orang. Who knows
     Ade 2 persepektif cinta alam maya ni. Sama ada kebaikan & keburukan. Aku tak nak deny lah kate cinte alam maya ni sampah semuanya. Sebab ramai jugak yang aku kenal kawan2 aku kapel, kawen dengan pasangan die melalui perkenalan alam maya ni. Semuanye terpulang pada pendapat individu. 

     Dari segi keburukan mungkin kau akan ditipu hidup2. Yelah tak kenal pun mane tau die pakai gambar orang lain ke letak kat fb die twitter die bagai. Rambut je same hitam tapi hati lain2. Banyak jugak kes2 ditipu ni kan. Jadi nye sendiri mau ingat. Nak bercinta berkenalan boleh tapi jangan letakkan 100% kepercayaan anda kepada mereka yang anda tak kenal.Jangan asal tengok mamat/minah hensem cantik je kau terus meraban nak berkenalan. Selidik la dulu katar belakang baru lah kasi no fon tu. Jangan pulak "eh aku dah jatuh cinta pandang ke 3, kasi no fon lah senang nak contact". Silap hari bulan die jaja no kau.

     Lain pulak dari segi baiknye. Mungkin orang yang nak kenal kite tu ikhlas nak berkawan nak serius dengan kite. Bila kawan dah lama baru decide nak jumpa face to face. Tapi make sure orang yang anda kenal melalui alam maya tu adalah orang yang same bile korang jumpe betul2 tu tau. Kang naye. Kalau betul2 percaya, die baik semua tu decidelah untuk step yang seterusnya. Lain orang lain ragam die. Serahkan semua nya pada Allah swt.


     Bagi pendapat aku,kalau boleh dielakkan seboleh nye dielakkan bercinta melalui alam maya ni. Bukan apa, kita tak tau hati orang, kita tak tau budi die semua. Bagi aku ape2 pun keselamatan tu penting. Opss! jangan pulak kondem aku kata aku banned orang yang bercinta melalui alam maya ni. Read this first then u judge it.

     Sebut pasal jodoh kita sendiri tak boleh deny. Kalau dah jodoh, dengan mamat paling kau benci pun jadi. So, sentiasa bersedia. Ape2 pun kalau berkaitan cinta & internet ni kene selalu berhati2. Jangan percaya sangat jangan suka menuduh sangat. Ok sayang2. Berpada2 bila percayakan orang tu. 

Terima Kasih Kerana Membaca

No comments:

Post a Comment